Sepi Itu Indah......
SENI itu damai kerna setiap pancaran dari seni menggambarkan tentang kehidupan yang tenang terasa kesyahduan suara kicauan burung di tengah-tengah desa begitu mengasyikkan.Ditinjau segenap bentuk seni yang boleh kita lihat mahupun dari sudut bahasa, puisi, nyanyian dan dendangan. lukisan, kretiviti kraftangan, pencak silat dan sebagainya.seni dapat mengusik jiwa, menghiburkan perasaan, melahirkan aspirasi, wujudnya nilai estetika dan menimbulkan rasa halus serta memberikan kepuasan kepada diri. Oleh itu, pengertian bagi seni sangat meluas dan seni juga dapat dilihat sebagai sesuatu yang subjektif untuk digambarkan dan seni bukan sahaja diaplikasikan ke dalam satu bidang tetapi dalam beberapa bidang seperti seni suara, seni tari dan seni lakon. Dengan itu kesemua seni tersebut merupakan seni yang memerlukan pergerakan suara dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang indah dari dalam diri kita. Oleh itu seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia yang diolah secara halus dan sederhana (Pahlawi Web Mei 2007). Hal ini dapat menggambarkan bahawa seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran yang logik manusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu, moral dan ketakwaan manusia terhadap Sang Pencipta. Seni juga merupakan satu disiplin ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat seseorang muslim seperti jujur, rajin, taqwa serta sabar.
Menurut pembahagian yang lebih besar dan umum, seni dapat dibahagikan kepada tiga iaitu seni audio yakni melalui pendengaran, seperti seni muzik termasuklah seni suara, deklamasi dan lain-lain. Kemudian yang kedua adalah seni visual iaitu melalui penglihatan seperti seni rupa iaitu lukisan, binaan, khat, perhiasan, drama iaitu sandiwara, dan filem. Manakala yang ketiga adalah seni tulisan iaitu lebih bersifat khusus sepeti cabang-cabang kesusasteraan dalam menghasilkan cerpen, roman, puisi dan lain-lain. Namun kadang kala terdapat juga gabungan terhadap seni tersebut seperti seni visual-audio seperti seni sajak (Baha Zain. 1998. Mencari Imej Malaysia : 15). Jesteru itu, seni menyatukan kehidupan dengan budaya dalam masyarakat, baik melalui kegiatan keagamaan mahupun adat serta kehidupan seharian. Ianya diwariskan secara turun temurun dari generasi ke generasi namun perubahan kemajuan teknologi dan masyarakat menyebabkan seni dipinggirkan.
Mengaplikasikan Seni dalam Pendidikan.
Jika dilihat seni penting di dalam kehidupan seharian manusia dan menurut Alexander Baum Garton seni adalah keindahan dan seni juga mempunyai tujuan yang positif menjadikan penikmat merasa dalam kebahagiaan dan perbuatan manusia juga dapat mempengaruhi dan menimbulkan perasaan indah itu yang dinamakan sebagai seni. Oleh itu, dalam mengaplikasikan seni ini dalam pendidikan ialah dengan mewujudkan tiga pendidikan iaitu informal, pendidikan non formal dan pendidikan formal. Pendidikan informal ini secara tidak langsung dapat dilihat melalui sistem kekeluargaan. Pendidikan non formal pula, dilakukan secara sistematik dan pendidikan formal diajar dalam sekolah dan pengajian tinggi. Seni dapat diaplikasikan iaitu dengan memasukan mata pelajaran seni dalam sistem pendidikan di sekolah umumnya merupakan salah satu mata pelajaran dalam sukatan pelajaran kurikulum sekolah. Tujuannya ialah mencungkil bakat pelajar dalam menghasilkan perkembangan fizikal dan yang seimbang.( Prof. Dr. R.M Soedarsono. 2003. Seni dan Pendidikan : 281 ). Selain itu, elemen seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari.
Dengan pelbagai rangsangan serta sokongan dari pelbagai pihak yang berkaitan dengan elemen seni diserapkan ke dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah supaya setiap pengisian atau aplikasi yang dijalankan adalah bertujuan merancakkan lagi penggunaan sesuatu isi pembelajaran tersebut. Oleh itu, proses penyampaian sesuatu maklumat akan lebih efektif hasil daripada pelbagai jenis seni audio seperti teks, vedio, grafik dan animasi merupakan satu kelebihan dalam merangsang penggunaan pelbagai deria manusia terhadap proses pengajaran. Selain itu, tanpa kita sedari perkembangan seni tampak minda kanak- kanak berlaku dengan begitu pesat sekitar 2 hingga 5 tahun apabila mereka pandai manipulative, kemudian meningkat umur 5 hingga 9 kanak-kanak ini pandai peringkat melakar simbol- simbol dan peringkat pra remaja 10 hingga 13 tahun mereka mula meneroka serta menggunakan idea tersebut ke dalam bentuk yang lain. ( Mohd Johari Ab. Hamid. 2004. Falsafah dan kritikan Seni: 36). Mahupun begitu, seni Dalam Pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh, bergerak dan berfikir dalam setiap aktviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid untuk menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif. ( Kaedah Pengajaran Seni.
(http://massofa.wordpress.com/2008/02/03/metode-pengajaran-seni-di-tk/)
(http://massofa.wordpress.com/2008/02/03/metode-pengajaran-seni-di-tk/)
Sebagai contohnya dapat dilihat melalui peranan seni visual dalam pendidikan iaitu ia dapat membentuk jiwa dan peribadi manusia. Seni boleh dianggap sebagai salah satu unsur yang dapat melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Peranan seni visual ini juga dapat memupuk kreativiti kanak- kanak , memupuk dan mengembangkan sifat kreativiti dan inovatif para pelajar, melahirkan tenaga profesional dalam pendidikan dan memupuk sifat kecintaan pada seni dan estetika. (Mohd Johari Ab. Hamid. 2004. Falsafah dan kritikan Seni: 35).
Kesimpulan
Sememangnya semua pihak mempunyai perasaan cinta kepada seni. Usaha yang dilakukan dengan menerapkan elemen- elemen seni dalam pendidikan menjadikan ia tidak akan terlupus dari zaman. Seni sebenarnya memberikan peranan penting yang mana telah menjadi sebagai salah satu mata pelajaran yang tidak boleh dianggap sebagai tidak adanya kepentingan dalam sistem pendidikan kita. Semoga semua pihak memainkan peranan masing- masing bagi memartabatkan seni ini agar generasi yang akan datang tidak mudah lupa dan alpa mengenai sejarah seni itu sendiri.
No comments:
Post a Comment