Saturday, October 23, 2010

Pendidikan dan Teori

Pendidikan

Pendidikan menurut kamus dewan adalah merupakan bentuk yang memberi maksud perihal mendidik iaitu memelihara, menjaga, mengajar, melatih dan sebagainya. Pendidikan bukan sekadar menyampaikan dan memberitahu namun usaha yang lebih besar adalah membentuk dan membina insan murni yang seimbang dan bertanggungjawab sesuai dengan falsafah pendidikan negara dalam menyeimbangkan emosi, jasmani, rohani dan intelek. Sebaliknya menurut kamus Webster pendidikan dilihat sebagai proses mendidik atau mengajar dimana terdapat satu usaha untuk memperkembangkan pengetahuan, kemahiran atau tingkah laku dan perwatakan seseorang pelajar. Namun bagi Plato menyatakan bahawa pendidikan ialah latihan yang dihasilkan oleh kebiasaan yang sesuai untuk naluri mulia dan pendidikan adalah yang terawal ada dalam diri kanak-kanak. Sebaliknya bagi Lodge pendidikan adalah sama dengan pengalaman iaitu pengalaman organisma hidup yang berinteraksi dengan persekitaran biasa. Jika kita terapkan dalam konteks pembelajaran, keempat unsur tersebut adalah:
  1. Menetapkan spesifikasi dan kualifikasi tujuan pembelajaran yakni perubahan profil perilaku dan pribadi peserta didik.
  2. Mempertimbangkan dan memilih sistem pendekatan pembelajaran yang dipandang paling efektif.
  3. Mempertimbangkan dan menetapkan langkah-langkah atau prosedur, metode dan teknik pembelajaran.
  4. Menetapkan norma-norma dan batas minimum ukuran keberhasilan atau kriteria dan ukuran baku keberhasilan (Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz. 2004. Pedagogi Asas Pendidikan).
TEORI PEMBELAJARAN

Discovery Learning

Teori ini diperkenalkan oleh Jerome Brunner (1966), yang merupakan salah satu model dalam pengajaran teori koginitf dengan mengutamakan peranan guru dalam menciptakan situasi belajar yang melibatkan siswa belajar secara aktif dan mandiri.  Selain itu discovery learning ini dapat memberikan mamfaat kepada pelajar dalam menimbulkan keingintahuan siswa, supaya dapat memotivasi mereka untuk melanjutkan pekerjaan sampai mereka menemukan jawapan serta pendekatan ini dapat mengajar keterampilan menyelesaikan masalah secara mandiri dan mungkin memaksa siswa untuk menganalisis, memanipulasi informasi dan tidak hanya menyerap secara sederhana. Manakala tujuannya adalah untuk mendorong dalam memberikan ‘dugaan sementara” dengan memberikan pertanyaan-pertanyaan. Seterusnya dapat menggunakan berbagai alat peraga dan permainan dalam memberikan kesan kepada pengajaran. Mahupun begitu, guru harus mendorong siswa untuk memuaskan keingintahuan jika mereka ingin mengembangkan fikirannya atau idea-idea  yang kadang-kadang tidak langsung berhubungan dengan mata pelajaran serta menggunakan sejumlah contoh yang berlawanan dengan mata pelajaran yang berhubungan dengan topik.

Problem Based Learning (PBL)

Manakala bagi konsep Problem Based Learning (PBL) merupakan kaedah atau metode pembelajaran  yang menggunakan masalah sebagai langkah awal dalam mengumpulkan dan mengintegrasikan pengetahuan baru (Suradijono, 2004). Mahupun begitu menurut Boud & Felleti (1991, dalam Saptono, 2003) menyatakan bahwa Problem based learning is away of constructing and teaching course using problem as a stimulus and focus on student activity. Oleh itu PBL menstimulasi proses belajar dengan menggunakan masalah-masalah tersebut pada situasi nyata dari suatu profesi.

Konsep inovasi pendidikan (Harsono, 2004) adalah:

-         Mahasiswa memperoleh pengetahuan dasar (basic sciences) yang berguna untuk memecahkan masalah-masalah keteknikan yang dijumpainya,
-          Student-centered: mahasiswa belajar secara aktif dan mandiri (sebagai adult learner) dengan sajian materi terintegrasi (horisonal dan vertikal) dan relevan dengan setting (profesionalism), Mahasiswa mampu berpikir kritis,
mengembangkan inisiatif, Mahasiswa sebenar .

Konstruktivisme.

Bagi pandangan konstruktivisme sangat menekankan pentingnya gagasan yang sudah ada pada diri siswa untuk dikembangkan dalam proses belajar-mengajar. Dengan demikian, pemahaman konsep sangat ditekankan.  Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan. Dalam konsep ini murid perlu membina sendiri sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing manakala guru adalah sebagai pembimbing pelajar dalam membantu pelajar dalam membina struktur kognitif sendiri. Dengan itu realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka. Oleh itu, untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.
John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Melalui penggunaan paradigma konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya sama ada sebagai pelajar atau penyelidik. Dengan cara ini, guru akan lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan tersebut. Justeru itu guru akan memperolehi kemahiran untuk membina dan mengubahsuai kefahaman serta berkomunikasi dengan orang lain. Guru akan memahami bahawa proses pembinaan dan pengubahsuaian konsep merupakan satu proses berterusan dalam kehidupan.
Dalam paradigma konstruktivisme, murid menganggap peranan guru sebagai salah satu sumber pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang tahu segla-galanya. Mereka menganggap pengetahuan sebagai sesuatu yang boleh disesuaikan dan boleh berubah. Mereka juga sedar bahawa mereka bertanggungjawab terhadap diri sendiri untuk menggunakan pelbagai cara bagi memproses maklumat  dan menyelesaikan masalah. Dalam erti kata lain, guru adalah berperanan sebagai seorang fasilitator dan pembimbing. Guru bertanggung jawab membimbing dan membantu murid mempelajari sesuatu pelajaran dengan bermakna. Menurut teori konstruktivisme, penilaian harus merangkumi cara menyelesaikan masalah dengan munasabah dan pengetahuan. Antara teknik-teknik penilaian yang sedemikian ialah peta konsep, rajah Venn, portfolio, ujian prestasi dan ujian berpasukan. Jesteru itu, pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Di samping itu, guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahaman orang lain supaya kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi. http://www.teachersrock.net/teori_kon.htm

Oleh itu dalam mengaplikasikan teori pembelajaran tersebut memerlukan kerjasama antara kedua-dua pihak dan dalam konteks discovery learning melibatkan aktiviti kedua-dua pihak untuk menimbulkan minat kepada pelajar terhadap sesuatu proses pembelajaran, berlainan pula terhadap konsep Problem Based Learning yang menekankan kepada cara pelajar tersebut menyelesaikan masalah untuk diaplikasikan ke bentuk yang baru manakala bagi konstruktivisme melihat persekitaran sebagai satu konsep pembelajaran yang memberikan input yang baru. Oleh itu aplikasi terhadap subjek pengajian Malaysia juga dapat digunakan mengikut konsep-konsep teori ini dengan mendedahkan pembelajaran yang mendorong siswa menggunakan ilmu yang sedia ada kepada konsep pengajaran yang sebenar. Jika dilihat kepada konsep budaya yang dipelajari menerangkan sesuatu budaya di dalam setiap kelompok masyarakat yang ada di Malaysia. Menariknya di sini apabila pengajian Malaysia meliputi keseluruhan yang berkaitan dengan ragam dan keunikan Malaysia, dengan itu ketiga-tiga teori tersebut dapat digunakan oleh siswa dalam mengenal pasti maklumat tersebut bagi mengaplikasikannya semula sama ada di dalam persekitaran persekolahan mahupun di alam pekerjaan.

No comments:

Post a Comment