Sunday, October 31, 2010

Seni Kompang...

1.0   Pengenalan
           
Kompang diklasifikasikan sebagai alat membranofon dalam kelas dram kecil yang mempunyai satu permukaan kulit dan mempunyai badan yang berbingkai. Selain itu, kompang merupakan salah satu daripada alat muzik tradisional Melayu yang popular pada masa kini dan sejenis alat muzik paluan serumpun dengan gendang. Kompang dimainkan bersama dalam beberapa alatan lain untuk persembahan tarian dan nyanyian dan alat muzik tradisional ini yang sangat dikenali di kalangan masyarakat Melayu.
Alat muzik ini sebenarnya berasal daripada kebudayaan  Arab dari Asia Barat dan Timur Tengah dan diperkirakan dibawa masuk ke kawasan tanah Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kompang telah dibawa masuk oleh pedagang India muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab yang dimainkan untuk menarik perhatian bagi tujuan perniagaan. Di samping itu, kompang juga dikenali di Asia Barat sebagai Dufuf, Daff, Duff, Tar atau Bendirdan serta kompang juga dikenali di Indonesia sebagai rebana atau terbang.
Asalnya kompang merupakan seni permainan secara instrulmental iaitu mengiringi aluan dan bacaan bernada dalam puisi budaya islam seperti marhaban, zikir, dan selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W. Menurut hadis riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi daripada Aishah binti Abu Bakar R.A. sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud “hendaklah kamu mengiklankan nikah dan lakukanlah aqad di masjid dan palulah dufuf (kompang)”. Kompang digunakan di Parsi untuk menyambut kedatangan Rasulullah S.A.W pada waktu itu.
Selain itu, kompang juga digunakan untuk memberi semangat kepada tentera-tentera islam ketika berperang. Alat muzik ini dibawa ke Nusantara oleh pedagang Arab yang datang berdagang. Seperti yang dijelaskan sebelumnya, alat muzik ini mendapat sambutan yang baik dalam kalangan penduduk Rumpun Melayu, khususnya orang Jawa. Di Malaysia kebanyakan kompang dimainkan di negeri Johor, Selangor dan Perak dan di negeri Johor kebanyakan pemain menggunakan kompang yang sama saiznya. Hal ini demikian kerana kompang yang pelbagai saiz menghasilkan bunyi yang berbeza.
Sebaliknya pemain di negeri Perak dan Selangor pula menggunakan alat muzik sampingan yang lain untuk mempelbagaikan bunyi. Kalau dahulunya alat muzik ini hanya dimainkan dalam perarakan pengantin untuk sesuatu majlis perkahwinan, berkhatan, dan menyambut pembesar, namun kini penggunaannya telah diperluaskan di sekolah, institusi pengajian tinggi dan ketika menyambut ketibaan pemimpin negara luar

2.0 Cara Bermain Kompang.
  
 Kompang juga selalu dimainkan di dalam orkestra atau kumpulan-kumpulan muzik Melayu dan perarakan menyambut tetamu kehormat dalam sesuatu majlis rasmi. Kompang adalah alat muzik yang dimainkan dengan menggunakan kedua – dua belah tangan. Cara memain kompang adalah dengan memegang kompang iaitu kompang diletakkan diatas telapak tangan kiri dengan ibu jari mencengkam kayu balong dan keempat-empat jari lain tidak menekan permukaan kulit luar manakala tangan kanan pula memukul kompang. Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang menggunakan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak.
 Kompang biasanya dimainkan semasa hari perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain. Jika diteliti bunyi kompang yang dihasilkan adalah berbezakan,hal ini kerana cara menepuk kompang adalah berbeza dengan melihat cara bukaan tapak tangan. Bagi menghasilkan bunyi 'bum' tapat tangan perlu menepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup atau dirapat manakala bunyi 'pak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.Kompang yang berbentuk seperti sebiji tamborin tanpa kepingan besi disekelilingnya, selalunya dimainkan secara berkumpulan.
Pelbagai corak paluan kompang dihasilkan dengan melapiskan pelbagai rentak paluan yang berbeza menjadi satu gabungan ritma yang menarik. Kompang juga dimainkan secara beregu dalam keadaan duduk, berdiri atau berjalan. Jika kompang dimainkan dalam acara berzanji, pemain akan duduk bersila atau duduk di atas kursi. Sebaliknya jika kompang dimainkan dalam acara pernikahan dan menyambut pegawai daerah atau pejabat negara, pemain kompang ini berjalan mengiringi pengantin dan pegawai pejabat daerah, atau pejabat negara tersebut.

3.0  Proses Pembuatan Kompang.

Proses pertama pembuatan kompang ialah dengan membuat bingkai kompang iaitu memotong kayu yang telah dipilih. Pada peringkat ini, kayu tersebut dipotong mengikut anggaran kasar saiz kompang yang dikehendaki. Proses pemotongannya tidak memerlukan ketelitian yang lebih kerana apa yang dikehendaki adalah bentuk bulat yang diperlukan untuk membentuk bingkai. Walau bagaimanapun, setiap kerja mestilah dilakukan dengan bersungguh-sungguh bagi menghasilkan bentuk bingkai yang menarik.
Kemudian Proses yang kedua adalah proses pengeringan kayu. Proses ini dilakukan dengan menghimpunkan kayu-kayu yang telah siap dipotong di tempat yang redup dan kering. Sebelum proses ini dilakukan, kayu-kayu tersebut terlebih dahulu disapukan dengan lilin untuk memelihara kekuatan kayu. Kayu-kayu yang dijemur akan dikering dalam jangka masa tiga hingga lima bulan iaitu bergantung kepada cuaca persekitaran. Selepas kayu-kayu tersebut kering proses terakhir adalah untuk membuat bingkai. Bingkai kompang ini akan dilakukan dengan menggunakan mesin "lathe" yang akan membentuk bingkai. Pembentukan bingkai kompang pada masa kini telah menjadi lebih mudah dengan terhasilnya mesin "lathe" yang digunakan untuk membentuk bingkai.
Kemudian mesin Lathe digunakan untuk mengukir bingkai kompang. Penggunaan mesin ini telah memudahkan proses pembuatan kompang pada masa kini berbanding pada masa dahulu. Disamping mesin ini memudahkan proses pembuatan kompang, ianya juga dapat menjimatkan masa dan tenaga. Kayu yang berkualiti akan dipotong dengan menggunakan mesin lathe untuk membentuk satu bulatan mengikut ukuran yang dikehendaki. Potongan kayu ini akan dipoles dengan lilin, lalu dijemur di tempat yang tidak terkena langsung sinar matahari selama tiga bulan. Setelah kering, kulit kambing ditempelkan pada permukaan bulatan dan dikencangkan. beludru dililitkan di sekeliling bulatan. Paku disematkan, agar kulit tersebut selalu dalam keadaan tegang.
Cara-cara membuat kompang melalui cara moden ialah dengan menggunakan mesin dan mesin tersebut akan memusingkan kayu untuk membuat bingkainya. Selepas kayu diperoleh, ia akan dipotong ke dalam bentuk bulatan. Potongan - potongan kayu ini kemudianya di himpun dan dibiarkan kering dalam kawasan tertutup dan bukannya di bawah pancaran matahari. Kayu yang telah retak tidak akan digunakan dalam proses pembuatan kompang. Sebaik sahaja tempoh pengeringan berakhir, proses pembuatan tahap akhir bermula.
 Kulit kambing digunakan untuk membuat permukaan kompang yang akan menghasilkan bunyi. Kulit kambing yang telah dibuang bulunya akan diproses dengan bancuhan Air kapur. . Kemudian kulit tersebut akan dikeringkan di tempat yang lembab. Kadangkala, kulit kambing tersebut akan di tarik-tarikan agar lembut dan rata.setelah itu,
rotan batu akan dililitkan di dalam gendang bertujuan untuk mencekangkan gendang tersebut. Setelah kering, kulit kambing akan diletakkan pada permukaan bulatan dan ditegangkan. Baldu akan dililitkan di sekeliling bulatan. Setelah itu, paku akan disemat untuk memastikan kulit tersebut sentiasa berada dalam keadaan tegang.
Sesebuah kompang mesti mempunyai seni ukiran yang cantik, ketegapan struktur rangkanya, serta bunyi merdu yang dihasilkan, merupakan pakej yang mesti ada pada sesebuah kompang.

4.0  Peranan Kompang Dalam Masyarakat.

            Peranan kompang dalam kehidupan masyarakat pada masa kini telah menjadi begitu penting khususnya untuk meraikan majlis perkahwinan atau perarakan untuk menyambut pembesar-pembesar negara. Kompang biasanya dimainkan oleh masyarakat Melayu mengikut rentak iramanya sendiri,selain daripada perarakan pengantin dalam sesuatu majlis perkahwinan, dan perarakan tetamu kehormat dalam sesuatu majlis rasmi, kompang juga berperanan untuk memeriahkan majlis marhaban, majlis berkhatan, perasmian sesuatu program atau acara yang melibatkan ”gimik” dan boleh juga digunakan oleh kelab penyokong untuk memeriahkan acara sukan seperti kelab bolasepak, kumpulan orkestra, nasyid dan kumpulan-kumpulan muzik melayu yang lain.
Kompang juga masyur di kalangan masyarakat islam di Sabah dan dikalangan suku Bajau. Selain itu peranan kompang juga, dapat memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan menghayati kesenian permainan kompang serta mengenali dengan lebih dekat dan mendalam tentang kesenian permainan kompang. Disamping itu, dapat meningkatkan kesedaran sosial kepada masyarakat tentang aspek kerjasama dan semangat berpasukan berkonsepkan kebudayaan dan kesenian melalui kompang yang boleh diaplikasikan dalam sesebuah masyarakat.
Mengeratkan silaturahim antara para peserta dan masyarakat  dalam permainan kompang serta menanam kecintaan dalam permainan kompang seterusnya menghargai warisan turun-temurun ini agar warisan melayu yang berharga ini tidaklah pupus ditelan zaman. Disamping sentiasa berpegang kepada semangat cintakan warisan negara  Malaysia dengan bercita-cita untuk memenuhi azam dan wawasan negara melalui pandangan ilmu dari sudut warisan, kebudayaan dan kesenian.




Saturday, October 23, 2010

Pendidikan dan Teori

Pendidikan

Pendidikan menurut kamus dewan adalah merupakan bentuk yang memberi maksud perihal mendidik iaitu memelihara, menjaga, mengajar, melatih dan sebagainya. Pendidikan bukan sekadar menyampaikan dan memberitahu namun usaha yang lebih besar adalah membentuk dan membina insan murni yang seimbang dan bertanggungjawab sesuai dengan falsafah pendidikan negara dalam menyeimbangkan emosi, jasmani, rohani dan intelek. Sebaliknya menurut kamus Webster pendidikan dilihat sebagai proses mendidik atau mengajar dimana terdapat satu usaha untuk memperkembangkan pengetahuan, kemahiran atau tingkah laku dan perwatakan seseorang pelajar. Namun bagi Plato menyatakan bahawa pendidikan ialah latihan yang dihasilkan oleh kebiasaan yang sesuai untuk naluri mulia dan pendidikan adalah yang terawal ada dalam diri kanak-kanak. Sebaliknya bagi Lodge pendidikan adalah sama dengan pengalaman iaitu pengalaman organisma hidup yang berinteraksi dengan persekitaran biasa. Jika kita terapkan dalam konteks pembelajaran, keempat unsur tersebut adalah:
  1. Menetapkan spesifikasi dan kualifikasi tujuan pembelajaran yakni perubahan profil perilaku dan pribadi peserta didik.
  2. Mempertimbangkan dan memilih sistem pendekatan pembelajaran yang dipandang paling efektif.
  3. Mempertimbangkan dan menetapkan langkah-langkah atau prosedur, metode dan teknik pembelajaran.
  4. Menetapkan norma-norma dan batas minimum ukuran keberhasilan atau kriteria dan ukuran baku keberhasilan (Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz. 2004. Pedagogi Asas Pendidikan).
TEORI PEMBELAJARAN

Discovery Learning

Teori ini diperkenalkan oleh Jerome Brunner (1966), yang merupakan salah satu model dalam pengajaran teori koginitf dengan mengutamakan peranan guru dalam menciptakan situasi belajar yang melibatkan siswa belajar secara aktif dan mandiri.  Selain itu discovery learning ini dapat memberikan mamfaat kepada pelajar dalam menimbulkan keingintahuan siswa, supaya dapat memotivasi mereka untuk melanjutkan pekerjaan sampai mereka menemukan jawapan serta pendekatan ini dapat mengajar keterampilan menyelesaikan masalah secara mandiri dan mungkin memaksa siswa untuk menganalisis, memanipulasi informasi dan tidak hanya menyerap secara sederhana. Manakala tujuannya adalah untuk mendorong dalam memberikan ‘dugaan sementara” dengan memberikan pertanyaan-pertanyaan. Seterusnya dapat menggunakan berbagai alat peraga dan permainan dalam memberikan kesan kepada pengajaran. Mahupun begitu, guru harus mendorong siswa untuk memuaskan keingintahuan jika mereka ingin mengembangkan fikirannya atau idea-idea  yang kadang-kadang tidak langsung berhubungan dengan mata pelajaran serta menggunakan sejumlah contoh yang berlawanan dengan mata pelajaran yang berhubungan dengan topik.

Problem Based Learning (PBL)

Manakala bagi konsep Problem Based Learning (PBL) merupakan kaedah atau metode pembelajaran  yang menggunakan masalah sebagai langkah awal dalam mengumpulkan dan mengintegrasikan pengetahuan baru (Suradijono, 2004). Mahupun begitu menurut Boud & Felleti (1991, dalam Saptono, 2003) menyatakan bahwa Problem based learning is away of constructing and teaching course using problem as a stimulus and focus on student activity. Oleh itu PBL menstimulasi proses belajar dengan menggunakan masalah-masalah tersebut pada situasi nyata dari suatu profesi.

Konsep inovasi pendidikan (Harsono, 2004) adalah:

-         Mahasiswa memperoleh pengetahuan dasar (basic sciences) yang berguna untuk memecahkan masalah-masalah keteknikan yang dijumpainya,
-          Student-centered: mahasiswa belajar secara aktif dan mandiri (sebagai adult learner) dengan sajian materi terintegrasi (horisonal dan vertikal) dan relevan dengan setting (profesionalism), Mahasiswa mampu berpikir kritis,
mengembangkan inisiatif, Mahasiswa sebenar .

Konstruktivisme.

Bagi pandangan konstruktivisme sangat menekankan pentingnya gagasan yang sudah ada pada diri siswa untuk dikembangkan dalam proses belajar-mengajar. Dengan demikian, pemahaman konsep sangat ditekankan.  Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan. Dalam konsep ini murid perlu membina sendiri sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing manakala guru adalah sebagai pembimbing pelajar dalam membantu pelajar dalam membina struktur kognitif sendiri. Dengan itu realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka. Oleh itu, untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.
John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Melalui penggunaan paradigma konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya sama ada sebagai pelajar atau penyelidik. Dengan cara ini, guru akan lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan tersebut. Justeru itu guru akan memperolehi kemahiran untuk membina dan mengubahsuai kefahaman serta berkomunikasi dengan orang lain. Guru akan memahami bahawa proses pembinaan dan pengubahsuaian konsep merupakan satu proses berterusan dalam kehidupan.
Dalam paradigma konstruktivisme, murid menganggap peranan guru sebagai salah satu sumber pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang tahu segla-galanya. Mereka menganggap pengetahuan sebagai sesuatu yang boleh disesuaikan dan boleh berubah. Mereka juga sedar bahawa mereka bertanggungjawab terhadap diri sendiri untuk menggunakan pelbagai cara bagi memproses maklumat  dan menyelesaikan masalah. Dalam erti kata lain, guru adalah berperanan sebagai seorang fasilitator dan pembimbing. Guru bertanggung jawab membimbing dan membantu murid mempelajari sesuatu pelajaran dengan bermakna. Menurut teori konstruktivisme, penilaian harus merangkumi cara menyelesaikan masalah dengan munasabah dan pengetahuan. Antara teknik-teknik penilaian yang sedemikian ialah peta konsep, rajah Venn, portfolio, ujian prestasi dan ujian berpasukan. Jesteru itu, pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Di samping itu, guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahaman orang lain supaya kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi. http://www.teachersrock.net/teori_kon.htm

Oleh itu dalam mengaplikasikan teori pembelajaran tersebut memerlukan kerjasama antara kedua-dua pihak dan dalam konteks discovery learning melibatkan aktiviti kedua-dua pihak untuk menimbulkan minat kepada pelajar terhadap sesuatu proses pembelajaran, berlainan pula terhadap konsep Problem Based Learning yang menekankan kepada cara pelajar tersebut menyelesaikan masalah untuk diaplikasikan ke bentuk yang baru manakala bagi konstruktivisme melihat persekitaran sebagai satu konsep pembelajaran yang memberikan input yang baru. Oleh itu aplikasi terhadap subjek pengajian Malaysia juga dapat digunakan mengikut konsep-konsep teori ini dengan mendedahkan pembelajaran yang mendorong siswa menggunakan ilmu yang sedia ada kepada konsep pengajaran yang sebenar. Jika dilihat kepada konsep budaya yang dipelajari menerangkan sesuatu budaya di dalam setiap kelompok masyarakat yang ada di Malaysia. Menariknya di sini apabila pengajian Malaysia meliputi keseluruhan yang berkaitan dengan ragam dan keunikan Malaysia, dengan itu ketiga-tiga teori tersebut dapat digunakan oleh siswa dalam mengenal pasti maklumat tersebut bagi mengaplikasikannya semula sama ada di dalam persekitaran persekolahan mahupun di alam pekerjaan.

Friday, October 22, 2010

keunikan seni boneka

Seni dalam konsep kehidupan amat luas dan meliputi segala bentuk sama ada dalam bentuk tersirat mahupun tersurat.Namun tidak ramai orang memperkatakan tentang seni boneka dan jika dilihat seni boneka ini jarang diketengahkan ke persada seni. Menyingkap sejarah ringkas seni boneka ini sejak awal zaman manusia apabila mengadakan pertunjukan sama ada untuk memuja tuhannya atau untuk menghiburkan diri atau ahli-ahli masyarakat atau suku kaum masing-masing. Kadangkala mereka berlakon dan kadang-kala mereka memainkan boneka dengan menggerakkan objek-objek seperti kayu dan tanah liat untuk menghidupkan jalan cerita tersebut. objek-objek ini diukir untuk mewakili watak-watak cerita dan dalam peredaran masa ini tangan dan kaki yang digerakkan akhirnya dijadikan ciri penting boneka kerana seolah-olah "hidup". 

Kesan tinggalan boneka ini dapat ditemui di dalam makam-makam tamadun silam di negara-negara seperti China, India, Mesir dan Greece. Kebanyakkan boneka Yunani kuno banyak persamaannya dengan boneka-boneka yang masih digunakan di Sicily dan di Belgium. Boneka ini mudah dibawa dan semasa pengembaraan orang Yunani kono berpindah dari satu tempat ke satu tempat lain menyebabkan boneka ini terkenal di negara-negara lain seperti Itali. Bagi orang Rumawi diketahui menggunakan kedua-dua anak-anakan dan boneka sarung tangan. Namun apabila Empayar Rom runtuj dan tempat-tempat hiburan mereka ditutup, juruboneka kehilangan pekerjaan lalu menyertai kumpulan akrobat, penjugel dan penyanyi. Bagi Gereja Kristian menggunakan boneka sebagai kaedah untuk menyampaikan cerita-cerita di dalam kitab Injil kepada orang yang tidak tahu membaca. Di Itali pada abad ke-15 boneka digunakan dalam Commedia dell'Arte oleh sekumpulan cerita tentang sepasukan badut bertopeng termasuk dikenali sebagai Harlequin.Semasa Ratu Elizabeth memerintah England, Parlimen meluluskan satu akta yang menggolongkan pelakon dan juruboneka jalanan sebagai penjenayah kecuali mereka yang mempunyai lesen daripada kerajaan melalui penaung yang kaya. Pada 1642, Oliver Cromwell mengharamkan teater pentas tetapi tidak teater boneka sehingga berjaya menarik penonton dan dalam beberapa tahun cuma boneka yang terus menghidupkan seni teater Inggeris. Sehingga lah pada abad kelapan belas seni boneka menjadi sanjungan golongan bangsawan dan setelah banyak teater menyerap masuk di daerah Weat End London dan Bath menjadikan menjelang akhir abad itu, permainan boneka menjadi kesenian milik rakyat jelata dan dimainkan di pesta-pesta dan di lorong-lorong. Apabila peperangan dunia pertama tercetus, boneka-boneka lenyap dan dilupakan namun sekarang minat teater boneka di England telah bangkit dan muncul beberapa kumpulan teater yang menggunakan boneka-boneka tali, rod kayu, sarung tangan dan wayang untuk pertunjukan (Lyndie Wright.1994. seni boneka)

Seni boneka merupakan sebarang benda atau objek yang digerak atau dilakonkan oleh pemain sama ada secara sentuh atau arahan yang bertujuan untuk menyampaikan mesej. Keadaan ini penting bagi pemain untuk cuba menghidupkan watak menerusi dialog yang dipertuturkan atau aksi boneka tanpa sebarang dialog. Jika dilihat seni boneka ini digunakan sebagai alat bantu untuk menyampaikan cerita dengan berkesan dan pendengar dapat menghayati serta melibatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka. oleh itu seni boneka ini dapat dijadikan satu perantaraan antara pendengar dengan pemain dan kesannya dapat menimbulkan pendedahan komunikasi secara berkesan. Di samping itu, dapat melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita serta dapat merangsang daya imaginasi yang dapat membantu masyarakat terutama dalam kalangan kanak-kanak.Oleh itu, seni boneka dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan murid pengalaman belajar dan memupuk kerjasama antara satu sama lain apabila preses sumbang saran dilakukan
(http://www.slideshare.net/nurulanwar/seni-boneka-prasekolah).

Jenis-jenis boneka :

Boneka Sarung Tangan :
Selalunya boneka jenis ini kepala boneka sarung tangan boleh dibuat daripada kayu, papier mache atau kain, dan tangannya daripada kayu atau kain sumbat. kepala dan tangan diletakkan pada badan kain yang dibentuk seperti guni dan boneka ini dipakai bagaikan sarung tangan dan boneka ini biasanya tidak berkaki.contoh



Bonekajari.jpg Boneka Jari III image by schmidlen

Boneka Tongkat / Boneka Berbatang :
Kepala dan tangan boneka ini dipasang pada hujung rod kayu atau batang yang dipegang oleh juruboneka untuk mengendalikannya. bdan boneka ini diperbuat daripada kain, sama ada berjahit atau berbungkus. kaki dan tangan boleh diperbuat daripada kayu, plastik, kain atau papier mache. Boneka berbatang biasanya tidak mempunyai kaki.





Boneka Wayang / Wayang kulit :
Boneka ini lembaga rata yang diperbuat daripada kadbod, plastik atau belulang yang disediakan khusus. Boneka wayang dimainkan di belakang layar lutsinar namun hanya bayang lembaganya yang boleh dilihat oleh penonton sahaja.












Boneka Bertali / anak-anak / Boneka Mobail :
Boneka ini lembaga berseni yang digerakkan dengan tali. Tali-tali diikatkan pada anak-anakan dan kayu kawalan (biasanya bersilang) yang dipegang oleh juruboneka. pelbagai bahan boleh digunakan untuk membuat anak-anak seperti menggunakan kulit, papan lapis, kayu, plastik atau kain namun kebiasaannya boneka bertali diperbuat daripada kayu.

Boneka Jari :

Monday, October 18, 2010

Seni sebagai kehidupanku....







Sepi Itu Indah......

SENI itu damai kerna setiap pancaran dari seni menggambarkan tentang kehidupan yang tenang terasa kesyahduan suara kicauan burung di tengah-tengah desa begitu mengasyikkan.Ditinjau segenap bentuk seni yang boleh kita lihat mahupun dari sudut bahasa, puisi, nyanyian dan dendangan. lukisan, kretiviti kraftangan, pencak silat dan sebagainya.seni dapat mengusik jiwa, menghiburkan perasaan, melahirkan aspirasi, wujudnya nilai estetika dan menimbulkan rasa halus serta memberikan kepuasan kepada diri. Oleh itu, pengertian bagi seni sangat meluas dan seni juga dapat dilihat sebagai sesuatu yang subjektif untuk digambarkan dan seni bukan sahaja diaplikasikan ke dalam satu bidang tetapi dalam beberapa bidang seperti seni suara, seni tari dan seni lakon. Dengan itu kesemua seni tersebut merupakan seni yang memerlukan pergerakan suara dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang indah dari dalam diri kita. Oleh itu seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia yang diolah secara halus dan sederhana (Pahlawi Web Mei 2007). Hal ini dapat menggambarkan bahawa seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran yang logik manusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu, moral dan ketakwaan manusia terhadap Sang Pencipta. Seni juga merupakan satu disiplin ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat seseorang muslim seperti jujur, rajin, taqwa serta sabar.




             Menurut pembahagian yang lebih besar dan umum, seni dapat dibahagikan kepada tiga iaitu seni audio yakni melalui pendengaran, seperti seni muzik termasuklah seni suara, deklamasi dan lain-lain. Kemudian yang kedua adalah seni visual iaitu melalui penglihatan seperti seni rupa iaitu lukisan, binaan, khat, perhiasan, drama iaitu sandiwara, dan filem. Manakala yang ketiga adalah seni tulisan iaitu lebih bersifat khusus sepeti cabang-cabang kesusasteraan dalam menghasilkan cerpen, roman, puisi dan lain-lain. Namun kadang kala terdapat juga gabungan terhadap seni tersebut seperti seni visual-audio seperti seni sajak (Baha Zain. 1998. Mencari Imej Malaysia : 15). Jesteru itu, seni menyatukan kehidupan dengan budaya dalam masyarakat, baik melalui kegiatan keagamaan mahupun adat serta kehidupan seharian. Ianya diwariskan secara turun temurun dari generasi ke generasi namun perubahan kemajuan teknologi dan masyarakat menyebabkan seni dipinggirkan.

Mengaplikasikan Seni dalam Pendidikan.

Jika dilihat seni penting di dalam kehidupan seharian manusia dan menurut Alexander Baum Garton seni adalah keindahan dan seni juga mempunyai tujuan yang positif menjadikan penikmat merasa dalam kebahagiaan dan perbuatan manusia juga dapat mempengaruhi dan menimbulkan perasaan indah itu yang dinamakan sebagai seni. Oleh itu, dalam mengaplikasikan seni ini dalam pendidikan ialah dengan mewujudkan tiga pendidikan iaitu informal, pendidikan non formal dan pendidikan formal. Pendidikan informal ini  secara tidak langsung dapat dilihat melalui sistem kekeluargaan. Pendidikan non formal pula, dilakukan secara sistematik dan pendidikan formal  diajar dalam sekolah dan pengajian tinggi. Seni dapat diaplikasikan iaitu dengan memasukan mata pelajaran seni dalam sistem pendidikan di sekolah umumnya merupakan salah satu mata pelajaran dalam sukatan pelajaran kurikulum sekolah. Tujuannya ialah mencungkil bakat pelajar dalam menghasilkan perkembangan fizikal dan yang seimbang.( Prof. Dr. R.M Soedarsono. 2003. Seni dan Pendidikan : 281 ). Selain itu, elemen seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. 

          Dengan pelbagai rangsangan serta sokongan dari pelbagai pihak yang berkaitan dengan elemen seni diserapkan ke dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah supaya setiap pengisian atau aplikasi yang dijalankan adalah bertujuan merancakkan lagi penggunaan sesuatu isi pembelajaran tersebut. Oleh itu, proses penyampaian sesuatu maklumat akan lebih efektif hasil daripada pelbagai jenis seni audio seperti teks, vedio, grafik dan animasi merupakan satu kelebihan dalam merangsang penggunaan pelbagai deria manusia terhadap proses pengajaran. Selain itu,  tanpa kita sedari perkembangan seni tampak minda kanak- kanak berlaku dengan begitu pesat  sekitar 2 hingga 5 tahun apabila mereka pandai manipulative, kemudian meningkat umur 5 hingga 9 kanak-kanak ini pandai peringkat melakar simbol- simbol dan peringkat pra remaja 10 hingga 13 tahun mereka mula meneroka serta menggunakan idea tersebut ke dalam bentuk yang lain. ( Mohd Johari Ab. Hamid. 2004. Falsafah dan kritikan Seni: 36). Mahupun begitu, seni Dalam Pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh, bergerak dan berfikir dalam setiap aktviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid untuk menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif. ( Kaedah Pengajaran Seni.
(http://massofa.wordpress.com/2008/02/03/metode-pengajaran-seni-di-tk/)

            Sebagai contohnya dapat dilihat melalui peranan seni visual dalam pendidikan iaitu  ia dapat membentuk jiwa dan peribadi manusia. Seni boleh dianggap sebagai salah satu unsur yang dapat melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Peranan seni visual ini juga dapat memupuk kreativiti kanak- kanak , memupuk dan mengembangkan sifat kreativiti dan inovatif para pelajar, melahirkan tenaga profesional dalam pendidikan dan memupuk sifat kecintaan pada seni dan estetika. (Mohd Johari Ab. Hamid. 2004. Falsafah dan kritikan Seni: 35).

Kesimpulan

          Sememangnya semua pihak mempunyai perasaan cinta kepada seni. Usaha yang dilakukan dengan menerapkan elemen- elemen seni dalam pendidikan menjadikan ia tidak akan terlupus dari zaman. Seni sebenarnya memberikan peranan penting yang mana telah menjadi sebagai salah satu mata pelajaran yang tidak boleh dianggap sebagai tidak adanya kepentingan dalam sistem pendidikan kita. Semoga semua pihak memainkan peranan masing- masing bagi memartabatkan seni ini agar generasi yang akan datang tidak mudah lupa dan alpa mengenai sejarah seni itu sendiri.


Thursday, October 7, 2010

keindahan dan kecantikan sang rama-rama.


tidak mudah dirampas malah akan dijaga .
keindahan sang rama-ramai yang punyai harga diri yang tinggi andai disentuh terkulailah,nasib si rama-rama ibarat kaum hawa. apabila dipandang cantik, tersenyum melihat gelagatnya dan kelincahannya, namun perhiasan diri rama-rama perlu dipertahankan agar kecantikan dan kesuciannya dapat dijaga.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.

Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak amahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.

Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.

Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama. Keindahan dan kecantikan terletak pada diri untuk meghargai dan mencintai agar nilai harga diri

.

Wednesday, August 18, 2010

My besdy.....hope to be the best n for all muslim n muslimah all the best to

harmoni dengan kunikan warna dan menarik antara susunan

semoga ukhuwah ini berkekalan selamanya....:))

gabungan antara empat teman